Kuala Kangsar: Kecewa kerana ditinggalkan teman wanita, seorang lelaki dipercayai mengambil keputusan menamatkan riwayatnya dengan menggantung diri dalam bilik tidurnya di Batu 26, Kampung Ketior, di sini semalam.
Sumber polis berkata, mayat lelaki berusia 25 tahun itu ditemui tergantung oleh ibunya jam 8.30 pagi, sebelum mendapatkan bantuan ahli keluarga dan menghubungi polis.
“Dia kemudian mendapatkan bantuan daripada ahli keluarga lain sebelum melaporkan kepada polis,” katanya.
MAYAT lelaki yang menggantung dirinya dimasukkan ke dalam van jenazah di Hospital Kuala Kangsar.
Menurutnya, mayat mangsa dibawa ke Hospital Kuala Kangsar untuk bedah siasat.
Sumber: myMetro
Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.
Ditemui mati tergantung
KUALA KANGSAR - Mayat seorang lelaki ditemui tergantung di dalam bilik tidur rumahnya, di sini, semalam.
Mangsa berusia 25 tahun ditemui mati tergantung di dalam bilik tidur rumahnya di Batu 26, Kampung Ketior Dalam.
Menurut sumber, ibu si mati ternampak mayat mangsa di dalam bilik tidur ketika berada di luar rumah pada 8 pagi.
“Malam semalam (kelmarin) ada mangsa meminta tali kalau tak silap tapi ahli keluarganya tidak mengesyaki apa-apa,” katanya.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kuala Kangsar, Asisten Komisioner Abdul Gaffar Mohammad berkata, pegawai polis menerima maklumat mendapati ada kematian di kawasan terbabit pada jam 8.30 pagi, semalam.
“Tiada unsur-unsur jenayah dikesan dalam kes ini. Bagaimanapun, sebab kematian masih belum diketahui.
“Si mati difahamkan mengalami sakit jiwa,” katanya.
Jenazah kemudian dihantar ke Hospital Kuala Kangsar untuk urusan pengebumian.
Sumber : SINAR HARIAN
No comments:
Post a Comment