DAFI AF DITUDUH BERKHALWAT DENGAN PEMBANTU PERIBADI? | Utusan Malaysia semalam mendakwa yang Dafi AF yang
 berada di Batu Pahat, Johor untuk satu penggambaran telah ditangkap 
khalwat bersama pembantu peribadinya & mereka tidur dalam satu bilik
 hotel yang sama.
Dafi AF menceritakan, kira-kira jam 1.00
 pagi bilik beliau telah diserbu oleh empat orang lelaki yang mengaku 
mereka anggota pencegah maksiat.
Mereka minta izin untuk menggeledah 
biliknya kerana mendapat aduan yang beliau bersekedudukan dengan wanita 
dan Dafi AF memberikan kerjasama untuk mereka memeriksa kerana percaya 
dirinya tidak bersalah.
Kumpulan empat orang lelaki berkenaan 
beredar dari bilik hotel Dafi AF selepas mereka tidak menjumpai apa apa 
bukti yang beliau berkhalwat.
Menyifatkan tuduhan itu sebagai 
mengarut, bagaimanapun Dafi mengakui yang pembantu peribadinya memang 
seorang wanita. Tetapi mereka hanya berkongsi tingkat hotel yang sama, 
bukannya berkongsi bilik.
Apapun keadian tersebut memberi satu 
pengajaran besar buat Dafi. Dia juga berharap agar masyarakat tidak 
memberi persepsi negatif terhadap semua artis kerana hakikatnya tidak 
semuanya begitu.
No comments:
Post a Comment