Seorang pencuri besi putus pergelangan 
kaki kiri selepas bergelut dengan pemilik sebuah kolam ikan di Kampung 
Gong Puyuh, Kelantan pagi tadi.  Awalnya suspek cuba mengambil besi di 
kolam ikan tersebut tetapi tindakannya disedari anak saudara kepada 
pemilik kolam tersebut, kira-kira jam 11 pagi.
Si suspek pada awalnya cuba tunjuk hero dengan menyerang pemilik kolam 
dengan menggunakan besi yang diambil dari kolam. Sebelum itu, pemilik 
kolam mengejar suspek dan suspek lari dengan memandu sebuah van. 
Bagaimanapun, suspek terlanggar pemilik kolam ketika melarikan diri.
Suspek terus keluar dari van, mengambil besi dan melibas ke arah pemilik
 kolam. Dalam syok-syok suspek melibas, pemilik kolam mencapai parang di
 raga motornya dan turut melibas bagi mempertahankan diri. Libasan 
pemilik kolam mengenai pergelangan kaki kiri suspek.

No comments:
Post a Comment