Friday 19 July 2013

Bayi Berusia 12 Hari Mati Dipanggang

Memang Gempaq!!! Negara China masih panas kali ini mengenai kematian seorang bayi berusia 12 hari dipercayai  Mati  ‘dipanggang’ dalam inkubator di sebuah hospital di China semalam.

Gambar bayi ini tersebar melalui lamansosial Weibo.Seperti yang and lihat dalam gambar ini,bayi berkenaan dilihat terbaring dalam keadaan tertiarap di atas cadar putih di atas sebuah meja.Belakang dan kakinya kelihatan keperangan dan merah akibat kepanasan.

Oleh kerana gambar tersebut agak mengerikan,kuranglah maklumat yang diberikan dengan kata lain mereka cuba mengaburkan maklumat-maklumat tersebut.Menurut laporan media bayi terbabit terbunuh dalam “kemalangan ngeri” di Hospital Kanak-kanak Quanzhou di wilayah Fujian, tenggara China.

memetikan laporan Beijingcream.com  bayi malang itu diletakkan dalam inkubator sejak kelmarin kerana mengalami selesema.Bagaimanapun suhu dalam inkubator itu terlalu panas menyebabkan bayi terbabit akhirnya meninggal dunia.

Media juga melaporkan semua rakaman kamera litar tertutup pada malam itu dipadamkan.Pihak hospital juga enggan mengambil tanggungjawab atas kemalangan itu. - Agensi


ONLINE STREAMING TV MALAYSIA

http://onlinetvstreaming.besaba.com/

Saturday 6 July 2013

'Bukan setakat dera, duit pampasan dikebas'

Kuala Terengganu: “Sudahlah tiga cucu saya didera hingga setengah mati, pampasan kemalangan sebanyak RM100,000 yang diwariskan kepada mereka juga habis disapu manusia tak berhati perut (bapa tiri mangsa),” kata Ramlah Che Kob, 58, nenek kepada tiga beradik yang menjadi mangsa dera bapa tiri mereka.

Tiga beradik itu, Mohd Akil Zakwan, 3; Mohd Afiq Hazwan, 5; dan Mohd Rafiq Haikal, 7, mewarisi wang pampasan daripada Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) setelah bapa mereka, itu, Yusman A Wahab, meninggal dunia akibat kemalangan jalan raya ketika pulang daripada kerja.
Ramlah berkata, dia mengetahui pasal wang pampasan berkenaan selepas diberitahu anak perempuannya, Norazira Abas, 29, iaitu ibu kepada tiga beradik itu.


“Selepas kejadian dera, saya pergi ke rumah sewa mereka untuk mengambil barang cucu saya dan terdetik untuk melihat buku akaun bank.

Rasa geram dan sedih

“Saya amat terkejut dan sedih apabila melihat tiada sesen pun yang tinggal kerana wang itu habis dibelanjakan mereka suami isteri.

“Rasa geram dan sedih yang teramat kerana wang itu adalah hak anak yatim yang ditinggalkan arwah menantu saya untuk masa depan anaknya,” katanya ketika ditemui di Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) di sini, semalam.
Ramlah berkata, dia memang tidak merestui perkahwinan Norazira dan menantunya kerana tidak berkenan dengan perwatakan lelaki itu yang kelihatan kasar dan bermasalah.

Bagaimanapun, katanya, Norazira nekad untuk berkahwin dan membawa ketiga-tiga anaknya berpindah mengikut suaminya.

“Dari dahulu memang makcik tak suka kerana tak yakin dia boleh jaga cucu makcik. Lagipun makcik rasa dia memang mempunyai niat tersirat apabila berkahwin dengan Norazira semata-mata untuk mendapatkan wang itu,” katanya.

Sumber: http://www.bharian.com.my/bharian/articles/Bukansetakatdera_duitpampasandikebas_/Article/

Jika Oksigen Di Bumi Tiada Untuk 5 Saat

Oksigen adalah sumber tersangat penting untuk planet Bumi kerana kesemua hidupan bergantung kepadanya. Tetapi pernahkah korang terfikir apa akan jadi sekiranya Bumi yang kita pijak ini tiada oksigen selama 5 saat? 








Friday 5 July 2013

Man in yellow tights showing off his Kung Fu skills at USM




Find out what's Smooth Lee is doing at USM, Penang!
CLICK HERE FOR MORE DETAIL!!!!!!

CADILLAC CIEL KERETA MEWAH DAN MODEN

Cadillac Ciel ialah konsep kereta mewah moden yang dihasilkan oleh Cadillac. Cadillac mahu menghasilkan kereta mewah yang lebih selari dengan kehendak dan keperluan moden. Oleh itu Ciel (Langit dalam bahasa Perancis) diperkasakan dengan enjin 3.6 liter V6 yang menghasilkan 425 kuasa kuda dan motor elektrik. 





Wednesday 3 July 2013

Reuben Kang pairs with Joseph Germani in this game show

Catch The Lone Ranger on the big screen. Riding into cinemas from 4 July 2013.
CLICK HERE FOR MORE DETAIL

ERANI MATI,JURUGAMBAR AMBIL GAMBAR ANACONDA SECARA DEKAT

Anaconda adalah spesis ular yang tidak berbisa namun begitu mempunyai tenaga dan tubuh yang besar berbanding dari ular-ular yang lain. Ia adalah salah satu haiwan yang paling di takuti. Tapi seorang jurugambar ini sungguh berani merakamkan gambar haiwan ini secara dekat. Memang giler dan boleh menempah maut.






PANGKOR LAUT RESORT




Pangkor Laut Resort terletak di Pulau Pangkor Laut dan pernah menerima kunjungan Luciano Pavarotti, David Coulthard dan Lewis Hamilton. Harga penginapan semalam bermula dari RM 1010 untuk villa tepian bukit dan meningkat sehingga RM2990 untuk villa diatas permukaan laut. 

 



Sumber : http://www.designrulz.com/design/2013/05/the-pangkor-laut-resort-malaysia/