Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk Abdul Rahim Hanafi, berkata ini bagi mengesahkan kematian seorang mangsa yang dipercayai tertimbus dalam insiden berkenaan.
Dirakam pada waktu siang
Rakaman CCTV ini jelas kerana ia dirakam pada waktu siang dan mendapati memang ada kehadiran kereta mangsa ketika kejadian. Jadi, kita akan meneliti lebih lanjut untuk mengesahkannya.
Siasatan inkues ini akan memberi fokus terhadap tiga perkara iaitu rakaman CCTV, nombor casis kereta mangsa dan laporan seorang saksi yang mendakwa melihat kereta mangsa dihempap batang besi penebat kilat yang jatuh pada hari kejadian.
Berdasarkan siasatan kita mendapati nombor casis kereta milik mangsa yang dilaporkan hilang adalah sama dengan nombor pada geran kenderaan dibawa isteri mangsa.
Malah, kita juga akan mengguna pakai satu laporan dibuat seorang lelaki yang mengakui ternampak kereta mangsa dihempap antena yang jatuh dari bangunan berkenan, katanya pada sidang media di sini, semalam.
Abdul Rahim berkata, polis diberi masa tiga hari untuk menjalankan inkues terbabit bagi membolehkan sijil kematian mangsa dikeluarkan Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) pada 21 Jun ini.
Katanya, polis sedang berusaha melengkapkan inkues itu bagi memudahkan urusan keluarga mangsa.
Dalam kejadian petang Khamis lalu, seorang lelaki maut selepas kenderaan yang dinaiki dihempap batang besi penebat kilat yang runtuh dari sebuah bangunan akibat dipukul ribut di Jalan Macalister di sini.
Sehari selepas insiden itu, seorang wanita, Lee Chai Song membuat laporan polis berhubung kehilangan suaminya, Lim Chai Aik, 44, dan susulan itu operasi mencari dan mengesan mangsa di kawasan runtuhan dilancarkan pasukan penyelamat.
sumber: http://www.bharian.com.my/bharian/articles/CCTVjadibuktimangsahilang/Article/
mmg dasyat kejadian ni.
ReplyDelete