Tiga beradik itu, Mohd Akil Zakwan, 3; Mohd Afiq Hazwan, 5; dan Mohd Rafiq Haikal, 7, mewarisi wang pampasan daripada Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) setelah bapa mereka, itu, Yusman A Wahab, meninggal dunia akibat kemalangan jalan raya ketika pulang daripada kerja.
“Selepas kejadian dera, saya pergi ke rumah sewa mereka untuk mengambil barang cucu saya dan terdetik untuk melihat buku akaun bank.
Rasa geram dan sedih
“Saya amat terkejut dan sedih apabila melihat tiada sesen pun yang tinggal kerana wang itu habis dibelanjakan mereka suami isteri.
“Rasa geram dan sedih yang teramat kerana wang itu adalah hak anak yatim yang ditinggalkan arwah menantu saya untuk masa depan anaknya,” katanya ketika ditemui di Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) di sini, semalam.
Ramlah berkata, dia memang tidak merestui perkahwinan Norazira dan menantunya kerana tidak berkenan dengan perwatakan lelaki itu yang kelihatan kasar dan bermasalah.
Bagaimanapun, katanya, Norazira nekad untuk berkahwin dan membawa ketiga-tiga anaknya berpindah mengikut suaminya.
“Dari dahulu memang makcik tak suka kerana tak yakin dia boleh jaga cucu makcik. Lagipun makcik rasa dia memang mempunyai niat tersirat apabila berkahwin dengan Norazira semata-mata untuk mendapatkan wang itu,” katanya.
Sumber: http://www.bharian.com.my/bharian/articles/Bukansetakatdera_duitpampasandikebas_/Article/
kesian budak2 ni. kecil2 lagi. semoga ALLAH sentiasa melindungi mereka. insyaALLAH
ReplyDeletedemi kerana duit.. manusia sanggup menjadi kejam..
ReplyDeletemanusia manusia . alahai .
ReplyDelete