Friday, 19 July 2013

Bayi Berusia 12 Hari Mati Dipanggang

Memang Gempaq!!! Negara China masih panas kali ini mengenai kematian seorang bayi berusia 12 hari dipercayai  Mati  ‘dipanggang’ dalam inkubator di sebuah hospital di China semalam.

Gambar bayi ini tersebar melalui lamansosial Weibo.Seperti yang and lihat dalam gambar ini,bayi berkenaan dilihat terbaring dalam keadaan tertiarap di atas cadar putih di atas sebuah meja.Belakang dan kakinya kelihatan keperangan dan merah akibat kepanasan.

Oleh kerana gambar tersebut agak mengerikan,kuranglah maklumat yang diberikan dengan kata lain mereka cuba mengaburkan maklumat-maklumat tersebut.Menurut laporan media bayi terbabit terbunuh dalam “kemalangan ngeri” di Hospital Kanak-kanak Quanzhou di wilayah Fujian, tenggara China.

memetikan laporan Beijingcream.com  bayi malang itu diletakkan dalam inkubator sejak kelmarin kerana mengalami selesema.Bagaimanapun suhu dalam inkubator itu terlalu panas menyebabkan bayi terbabit akhirnya meninggal dunia.

Media juga melaporkan semua rakaman kamera litar tertutup pada malam itu dipadamkan.Pihak hospital juga enggan mengambil tanggungjawab atas kemalangan itu. - Agensi


2 comments:

  1. kesian baby tu..hope kita jgan buat macam tu.

    ReplyDelete
  2. Allahuu~ apa nk jd dgn manusia skrg. xad prikemanusiaan lgsg *-*

    ReplyDelete