Kisah Benar Keadaan Jenazah Remaja Penuntut UMT | 
Setiap manusia mahu pengakhiran hayatnya dalam keadaan yang baik. Namun 
dalam merebut khusnul khatimah itu, seseorang itu perlulah taat kepada 
perintah Allah SWT dan meninggalkan apa yang dilarang Nya. Dr Fuh mahu 
berkongsi dengan anda tentang kisah seorang pemuda yang telah keluar 
berdakwah dan takdir Allah, dirinya telah meninggal duniakerana lemas. 
Ada sesuatu yang menarik ingin dikongsikan bersama anda tentang gambaran
 keadaan jenazah tersebut.
Kisah Benar Bermula
Pada 4/5/2010 (Selasa Pukul 10.00 pagi) saya dikejutkan dengan satu 
panggilan memberitahu anak saudara saya (anak abang) telah meninggal 
kerana mati lemas ketika keluar berdakwah selama 40 hari mengikut Jemaah
 Tabligh ke pendalaman Sabah. Tempat sebenar kejadian di Daerah Beluran,
 lebih kurang 21/2 jam perjalanan ke Bandar Sandakan.
Remaja ini bernama Muhammad Huzaifah Bin Muhammad Huzazi. Berumur 21 
tahun. Pelajar Ijazah Teknologi Alam Sekitar, Universiti Malaysia 
Terengganu. Kami berusaha membawa balik ke rumahnya di Sabak Bernam 
secepat mungkin. Namun kerana peraturan dan dokumentasi, jenazah hanya 
berjaya di bawa balik pada keesokan harinya. Tiba di Markaz Masjid Sri 
Petaling sebaik sahaja solat Asar berakhir.
Sebaik sahaja kain kapan di buka saya melihat wajahnya seperti sedang 
tidur tanpa menunjukkan kulit pucat dan kaku seperti kebiasaan mayat. 
Saya teringat beberapa hadis yang memberikan tanda-tanda orang yang mati
 dalam keadaan baik (Husnul khatimah). Antaranya dahi berpeluh. Saya 
cuba mengusap dahi dan mukanya memang terasa berpeluh dan lembab. Darah 
juga masih mengalir segar. Ketika saya cuba menggantikan kapas di 
mulutnya kerana kapas tersebut telah penuh dengan darah, saya terkejut 
kerana darah segar merah masih keluar dari mulutnya dan mengenai kapas 
baru. Saya menyangkakan dia seperti masih hidup.
Ramai jemaah selepas solat asar juga bertanya adakah benar dia sudah 
mati kerana nampak seperti sedang tidur. Ketika ibunya ingin menciumnya 
untuk kali terakhir, ibunya tertekan dadanya. Sekali lagi darah merah 
cair keluar dari mulutnya. Mengikut kelaziman, selepas hampir 2 hari dan
 disimpan didalam peti aiS jenazah ketika menunggu untuk dihantar 
pulang, sudah tentu mayat menjadi beku dan pucat. Darah pun sudah tentu 
telah menjadi beku dan mati.
Namun kebesaran Allah s.w.t dan janjinya memang benar. Ketika manusia 
berlumba-lumba mengejar keduniaan, masih kedapatan manusia-manusia yang 
terpilih untuk mati syahid. Saya terpanggil menulis dan berkongsi cerita
 ini kerana dalam keadaan sosial para remaja yang semakin larut dengan 
budaya barat, marilah kita mengajak diri kita, anak2 dan kaum keluarga 
untuk kembali kepada ajaran Islam sebenar dan mengamalkan amal-amal 
Islami secara bersungguh-sungguh. Mudah-mudahan suatu hari nanti kita 
akan TERPILIH dalam golongan orang-orang yang mati syahid di jalan Allah
 s.w.t.
Mengikut Ayahnya, Ayah angkatnya dan rakan2 universitinya, Huzaifah ini 
seorang remaja sangat berakhlak. Setiap masa terluang dihabiskan dengan 
berkunjung ke masjid dan surau bagi menunaikan ibadah dan kerja-kerja 
agama. Malahan sebahagian wang pinjamannya PTPTN; selain dari untuk 
yuran pengajian, digunakan untuk dakwah dan kerja-kerja agama. Malahan 
beliau beberapa kali memberitahu kepada ayahnya yang setiap kali cuti 
semester panjang, beliau akan ke Sabah kerana disana terlalu ramai orang
 sudah tinggal kan Islam (Murtad) dan jika masih Islam pun tapi tiada 
amalan Islam. Masjid dan surau kosong tiada jemaah.
Ketika selepas sembahyang Subuh hari sebelum beliau meninggal lemas 
ketika mandi di sungai, beliau telah berpesan kepada rakan-rakannya 
supaya meneruskan usaha dakwah dan mengembalikan orang-orang yang jauh 
daripada Islam kepada Islam semula. Amat mengagumkan dan membuatkan saya
 terasa amat kerdil dan tiada nilai.
Semoga roh beliau ditempatkan dalam golongan syuhada sebagaimana yang dijanjikan oleh Allah s.w.t.
PERSOALANNYA, diri kita, keluarga dan anak-anak kita bagaimana? Adakah 
telah pasti terselamat dari seksa alam akhirat? sama-sama kita 
renungkan.
Maha benarlah firman Allah,
Dan janganlah kamu menyangka bahawa orang-orang yang terbunuh pada jalan
 Allah itu mati malah mereka hidup dan menerima rezeki dari Tuhan 
mereka. Mereka gembira dengan kurniaan Allah [Ali –Imran: 167-170]
Begitu juga hadith Nabi saw,
Hadits dari Buraidah Ibnul Khasib adalah Buraidah dahulu ketika di 
Khurasan, menengok saudaranya yang tengah sakit, namun didapatinya ia 
telah wafat, dan terlihat pada jidatnya berkeringat, kemudian ia 
berkata,”Allahu Akbar, sungguh aku telah mendengar Rasulullah bersabda: 
Matinya seorang mukmin adalah dengan berpeluh dahinya” (HR. Ahmad, 
AN-Nasai, at-Tirmidzi, Ibnu MAjah, Ibnu Hibban, Al-Hakim dan 
ath-Thayalusi dari Abdullah bin Mas’ud)
Wallahualam
























































